Penang's Best Place
Vocation with Friends!!
Hi everyone!!! we meet again <3, okay , harini saya nak cerita tentang sedikit pengalaman saya semasa bercuti di Penang. Mesti korang tak sabarkan nak tahu hehehe. Saya dan rakan rakan bertolak seawal jam 10 pagi dengan menaiki kereta . Perjalanan kami mengambil masa 30 minit. Setelah tiba di sana, kami menginap di Flamingo Hotel By the Beach untuk berehat sebentar. Selepas berehat, kami bergerak ke Penang Street Art. Penang Street Art merupakan salah satu tempat yang mendapat tarikan pelancong di mana kami dapat berjumpa dengan banyak pelancong dari luar negara yang berjalan sambil mengambil gambar .
Keesokan harinya ,saya dan rakan-rakan bertolak ke "Wonderfood Museum Penang". Harga tiket untuk seorang ialah RM18. Bagi saya, ia merupakan harga yang sangat berpatutan kerana saya dapat menyaksikan pelbagai jenis makanan daripada pelbagai kaum dan sejarah tentang makanan-makanan dari pelbagai negeri.
Percutian ini merupakan satu pengalaman yang sangat manis buat saya. Di sini, saya lampirkan sedikit tayangan video sepanjang percutian saya bersama rakan-rakan.
Comments
Post a Comment